Friday, 22 February 2013

SET SLIMMING SHAKLEE



Program 3B? Pernah dengar x?huhu...ini program untuk mereka2 yang nak mengurangkan berat badan,masalah sembelit,masalah perut buncit dan juga untuk mereka yang nak dapatkan berat yang ideal.
Apa 3B tu?
3B ialah
# BAKAR
# BUANG
# BINA

BAKAR

Agen pemecah lemak dan kolestrol (emulsifier)
Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau omega. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.



Supplemen yang di cadangkan ialah Omegaguard & lecithin



 Bagaimana omegaguard membantu anda?
* Mencegah salur darah yang tersumbat
* Merendahkan tahap kolestrol
* Mengawal masalah obesiti
* Mencegah pembekuan darah
* Membantu mengecutkan otot yang bengkak
Menggalakkan pembakaran lemak dan mengelakkan dan  pembentukan lemak



 


Bagaimana lecithin membantu anda?
* Mencegah lemak dari melekat pada dinding membran
Membantu proses metabolisme, kolestrol, trigycerides dan lemak darah.
* Memecahkan serta mencairkan lemak terutama kolestrol
* Menurunkan total serum kolestrol dan meningkatkan kolestrol baik(HDL)
* Membantu kawal paras triglycerides.
* Megurangkan lemak yang tersendat di pembuluh pembuluh darah

Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolestrol
==================================================================
BUANG

Agen pembersih (DETOX)
Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.


Supplemen yang di cadangkan untuk proses DETOX ini ialah Herbalax & Alfalfa complex

Bagaimana Herbalax membantu anda?
* Membantu masalah sembelit
* Menyingkirkan toksin dari usus
* Membantu untuk pelawasan
Membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis. Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.



Bagaimana Alfalfa membantu anda? 
* Mencuci usus bagi membuang toksik 
Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
Membantu badan untuk menangani sembelit
Membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak
Mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.
Mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.  
==================================================================
BINA 

Membina otot dengan protein. 
Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%... Cth makanan yg kaya protein kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu(susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam, tauhu
 


Supplemen yang di cadangkan untuk proses ini ialah Esp & Cinch

   
Bagaimana Esp membantu anda?
Salah satu manfaat ESP ialah membantu menurunkan berat badan. Ini kerana ESP mempunyai Index Glisemik yang rendah. Apa pula Index Glisemik ni? Jom saya huraikan.   

Index Glisemik (GI)

Setiap makanan yang diambil akan ditukarkan kepada bentuk glukosa. Glukosa berfungsi membekalkan tenaga dan memberikan rasa kenyang. Tempoh tindakbalas pembebasan glukosa kedalm tubuh dikenali sebagai Glycemix Index (GI). Makanan yang membebaskan glukosa dengan lambat memiliki GI yang rendah manakala makanan yang membebaskan glukosa dengan kadar yang cepat mempunya GI yang tinggi.
Glisemik diukur seperti berikut: GI 70 dan ke atas (Tinggi) GI 56- 69 (Sederhana) GI 55 dan ke bawah (Rendah) Di barat, Glycemix Index (GI) telah menjadi salah satu cara yang popular untuk menurunkan berat badan. GI pada asalnya digunakan untuk membantu pengidap diabetes mengawal gula di dalam darah mereka. Secara teorinya, jika GI dapat membantu mengawal gula dalam darah, maka ia juga dapat membantu dalam pengurusan berat badan.

Bagaimana GI membantu menurunkan berat badan.

Kesemua jenis karbohidrat membebaskan gula, namun, kadar pembebasan gula ini bergantung kepada jenis karbohidrat dan kandungan fiber di dalamnya. Segelas jus oren (GI Tinggi) contohnya membebaskan gula dengan lebih cepat berbanding semangkut oat (GI Rendah).  Rendah atau tingginya GI dalam sesuatu makanan bergantung kepada perbagai faktor seperti berikut, namun tidak terhad kepada:
 
 a) kuantiti makanan diambil 
 b) amaun dan jenis karbohidrat 
 c) cara makanan dimasak 
 d) suhu semasa makanan diproses dan lain2. 
 
Makanan yang mempunya GI yang rendah dapat membantu menurunkan berat badan. Memandangkan proses pembebasan gula mengambil masa yang lebih perlahan, maka ianya diserap oleh tubuh dengan lebih lambat membuatkan kita kenyang dengan lebih lama. Manakala makanan berglisemik tinggi lebih mudah diserap tubuh membuatkan kita lambat kenyang dan mudah lapar semula.

ESP mempunya GI 39 sahaja, maka tidak hairanlah ia membantu dalam pengurusan berat badan.jadi, jika anda berhasrat menurunkan berat badan namun asyik lapar aje walaupun baru aje makan, bolehlah cuba ESP ye. Sudah tentulah air kosong sebanyak 3 liter diperlukan sehari beserta dengan pengambilan pemecah lemak dan detox untuk membuang lemak2 berlebihan. 
 
 
Bagaimana Cinch membantu anda?

Cinch Shake Mix adalah makanan gantian segera untuk mereka yang sibuk dan tak ada masa nak menjaga pemakanan. Ia mengandungi serat yang tinggi dan membantu untuk rasa kenyang. Bukan itu saja, ia mengandungi nutrisi yang lengkap untuk menjaga kesihatan.
Rumusan proprietary-nya diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi isyarat kepada badan supaya memelihara otot semasa proses pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot. Pendekata, berat dengan otot bukan berat dengan lemak.
Cinch ada 3 perisa iaitu 
# coklat
# vanila 
# caffe latte
                                                               (Boleh pilih mengikut selera anda)


 
Terlalu banyak?tak semua ya..anda pilih mengikut bajet anda mana yang anda rasa perlu.Jika masih tidak tahu bagaimana mahu membuat pilihan anda boleh tanya dengan saya.saya sedia membantu.

ATASI MASALAH SENGGUGUT DENGAN VITAMIN SHAKLEE



Apa itu senggugut?

Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea(Satu keadaan di mana seorang wanita merasai kesakitan selama sehari atau beberapa minit akibat serangan haid). Ia merujuk kepada kesakitan yang kamu alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kamu period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.

Jika anda sering mengalami senggugut setiap kali datang period,saya cadangkan anda mencuba set PMS ini

 Bagaimana ketiga2 vitamin ini bertindak?

1. Shaklee GLA Complex

Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis


2. Shaklee Ostematrix

Wanita yang mengambil calcium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut.
Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta symptom-simptom yang lain
Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.


3. Shaklee B-complex

# Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.

# Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.

# Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.

# Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.

# Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan


Apa kata mereka yang dah mencuba?

10 SEBAB KENAPA ANDA PERLUKAN SET PENYUSUAN SHAKLEE



Assalammualaikum.....
Ibu dan bakal2 ibu di luar sana anda tercari2 supplemen untuk tambahkan susu badan?jom cuba set penyusuan shaklee.Meh saya nk kongsikan kenapa anda perlu ambil set penyusuan shaklee ni?


10 sebab kenapa anda perlukan set penyusuan:
====================================

1. Susu ibu akan menjadi lebih pekat, lemak dan berkhasiat
2. Susu ibu akan dihasilkan dengan lebih cepat, dengan syarat anda kerap pam setiap 2-3 jam sekali dan minum air yang kuantiti yang banyak
3. Kulit akan menjadi lebih cantik, mulus & berseri
4. Badan akan menjadi lebih bertenaga, tidak mudak letih dan segar sepanjang hari
5.Mengatasi masalah kepputihan, merapatkan & keintiman hubungan suai isteri makin bertambah
6. Mengurangkan masalah kulit dan eczema yang dihidapi oleh baby atau ibu
7. Sistem pertahanan badan anda akan meningkat dan baby akan lebih sihat dan kuat serta jarang demana sebab dia mendapat semua khasiat yang diambil oleh ibu melalui susu ibu
8. Membentu semula payudara yang lebih cantik & anjal dengan pengambilan ESP
9. MEngurangkan masalah sakit pinggang, lenguh sendi atau belakang dengan ada kalsium
10. Membantu mengurangkan atau mengawal berat badan dengan alfafa bertindaks sebagai detoks.
 
Jom ikuti testimoni pengguna yang telah mengambil set penyusuan shaklee ini
Alhamdulillah saban hari ramai ibu2 yang berpuas hati dengan set penyusuan. Rata-rata menyatakan kesan yang sangat baik dari segi kuantiti dan kualiti susu ibu itu sendiri. Antaranya ada yang memberitahu sesu bertambah pekat & banyak. Set penyusuan bukan sekadar MILK BOOSTER semata-mata tetapi mempunyai banyak
kebaikan yang lain apabila anda mengambil set penyusuan ini.

DI antara kelebihannya adalah :
========================

1. Vitamin C - Berupaya meningkatkan sistem imun untuk ibu & baby, di mana badan ibu dan baby akan menjadi lebih kuat dan sukar dijangkiti penyakit. Jika deman sekali pun, kita akan cepat sembuh. Ianya juga sangat penting untuk membentuk kolegen yang penting utk kulit cantik berseri.

2. Vitamin B - "B for Beauty", vitamin yang menjadikan kulit anda lebih berseri dan pada masa yang sama bertindak sebagai penenang dan berupaya menstabilkan emosi ibu

3. Multivitamin dengan Zat Besi (Vitalea) - Multivitamin terbaik yang mampu memberikan tenaga kepada ibu, mengurangkan masalah cepat letih dan lesu dan menjadikan ibu segar bertenaga sepanjang hari selain memastikan ibu dan baby dalam keadaan sihat.

4. Alfafa - bertindak sebagai MILK BOOSTER, juga sangat bagus dalm menyelesaikan banyak masalah wanita termasuk keputihan, kekering ketika bersama, mampu melawaskan dan juga membuang toksin dalam badan serta membantu mengurangkan eczema

5. Osteomatrik (Kalsium dengan Magnesium) - Bertindak sebagi MILK BOOSTER, dimana ia baik utk tulang dan gigi ibu dan baby, serta mampu mengurangkan sakit belakang dan lenguh2 sendi yang di alami oleh si ibu.

6. Enrgizing Soy Protein (ESP) - Merupakan protein soya yang sangat penting utk setiap sel badan, juga bertindak sebagai MILK BOOSTER terbaik. ESP juga mampun mencantikkan kulit, mengatasi eczema, menganjalkan payudara yang kendur, serta meningkatkan sistem pertahanan badan ibu dan baby itu sendiri

SUPER DUPER MILKBOOSTER



Alfalfa & esp di katakan mampu mempertingkatkan lagi susu ibu, hmmm macam mana tu?jom kita tgok bagaimana esp & alfalfa mampu bertindak...

ESP (Soy Protein Isolate Powder)

♥ Komponen utama susu ibu adalah protein, jadi pengambilan ESP membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat
♥ ESP juga membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
Kelebihan lain ESP
* Mencantikkan kulit muka, halus gebu dan berseri
* Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk se
l baru dan menyingkirkan sel kulit mati
* Berkesan dalam menganjalkan kulit, dan sangat digemari oleh kaum wanita bagi menganjalkan kembali payudara yang kendur
* Membakar kalori sehingga 35% dan memberi rasa kenyang lebih lama. Sebab tu ramai yg berjaya kurangkan berat badan dengan ESP

Alfalfa

♥ Membantu memperbanyakkan susu ibu dan telah digunakan sejak zaman berzaman sebagai penambah susu dinegara barat
♥ Dengan pengambilan alfalfa yang konsisten berserta minum air yang cukup, breast akan cepat rasa penuh dan berat
Kelebihan lain alfalfa
* mengetatkan miss 'v' kerana alfalfa bertindak seperti kacip fatimah
* merawat keputihan
* menghilangkan kelesuan
* mengelakkan masalah 'kering' ketika bersama
* melegakan sembelit

TIPS MENGUMPUL STOK SUSU IBU YANG BANYAK SEMASA DALAM PANTANG



Hari ni nak share dengan bakal2 ibu dan semua ibu2 yang sedang menyusukan anak tentang tips bagaimana untuk mengumpul stok yang banyak semasa dalam pantang khusunya untuk ibu2 yang bekerjaya macam saya ni..Gambar kat atas ni adalah testimoni saya sendiri ya.sebelum bersalin saya dah membuat persiapan dari segi ilmu bf yang saya gali dari google,kawan2 n melalui pembacaan sbb niat saya adalah nak susukan anak saya yg ke2 ni sampai umur 2tahun...

Sebenarnya nak dapatkan supply susu ibu yang banyak adalah sesuatu yang perlu diusahakan. Penghasilan ini melibatkan otak, hormon dan tubuh badan kita yang kita tidak dapat kawal dengan butang 'on-off'. Perlu banyak usaha untuk memberi signal pada otak dan hormon. Disini saya nak kongsikan beberapa tips-tips yang dari ibu-ibu yang telah berjaya dalam mengumpul stok yang banyak. Moga ini dapat memberi sedikit info pada ibu-ibu ya:

1) Setkan minda untuk menyusukan baby dari awal lagi. Dapatkan ilmu dan fahami berkenaan konsep-konsep penyusuan sejak mengandung lagi terutamanya konsep 'Lebih kerap payudara dikosongkan-Lebih banyak susuibu akan terhasil'. Ini membuatkan anda lebih bersedia mengatasi sebarang cabaran.

2) Berinteraksilah dengan golongan ibu-ibu yang menyusukan anak. Ini secara tidak lansung mendorong anda untuk terus menyusukan anak anda. Menyertai kumpulan menyusu dalam Facebook adalah salah satu cara.

3) Persediaan awal sejak mengandung lagi, khasnya dalam mendapatkan badan sihat, cergas dan fit semasa pantang. Ini memerlukan pemakanan yang seimbang. Jangan abaikan supplement (baik dari doktor mahupun dari selainnya) ketika mengandung kerana ia adalah penyumbang kepada nutrisi dalam badan. Nutrisi inilah yang digunakan untuk perkembangan baby semasa mengandung dan juga untuk penghasilan susuibu.

4) Dapatkan pam yang sesuai dan efektif bagi anda. 

5) Hanya beri susu ibu pada bayi anda. Ini adalah kerana bayi anda sendiri sedang belajar cara menyusu, apa susu yang nak diminum. Jika baby terbiasa dengan rasa susu formula, mungkin baby akan menolak susuibu. Begitu jugalah dengan pengunaan botol susu atau puting, ini mungkin akan menyebabkan baby keliru puting dan seterusnya menolak penyusuan secara direct atau lansung dari ibu. 

6) Ambil peluang mengumpul stok semasa berpantang. Jika baby tidur pada waktu malam lebih dari 2 jam, anda boleh mengepam. Ataupun pam selepas bayi habis menyusu. Biarpun pada mulanya hanya mendapat 1 oz atau tiada lansung, lama-lama akan bertambah.

7) Satu lagi cara adalah beri baby di salah satu payudara dan pada waktu yang sama pam payudara yang satu lagi. Ini akan meningkatkan hormon penyusuan anda. Namun pastikan baby cukup minum ya. 

8) Jaga minum anda sepanjang perjalanan penyusuan. Air pastikan cukup, ikut rasa haus anda. Namun secara rawak, 8 gelas setiap hari. Tetapi jika anda mengambil supplement adalah lebih baik minum lebih banyak air, sekurang-kurangnya 3 liter.

9) Jaga pemakanan anda.Pelbagaikan makanan anda untuk memenuhi semua keperluan nutrisi. Pastikan ianya seimbang. Sekiranya anda ni jenis makan cincai, kurang makan sayur atau buah, tidak suka minum susu dan lain-lain lagi masalah pemakan, maka pengambilan supplement amat digalakkan. Cubalah mengambil supplemen SHAKLEE untuk memenuhi keperluan nutrisi harian anda.
Ingat, anda memerlukan 500 extra kalori untuk menghasilkan susuibu. Jadi jika nak diet, jangan amalkan makan sedikit tapi amalkan diet yang sihat: kurang minyak, kurang nasi, banyak sayur, protin dan kalsium cukup dlll.  

10) Cuba elakkan rasa stress. Dapatkan rehat yang cukup. Stress akan menyebabkan tubuh badan bekerja dua kali ganda dari biasa. Ini sudah tentu menjejaskan penghasilan susuibu.

11) Kosongkan payudara sekerap mungkin. Jika baby tidak menyusu, perlu pam untuk keluarkan susuibu. Ini adalah konsep no. 1... Kalau makan supplemen banyak-banyak pun, jika tiada permintaan untuk membanyakkan susuibu, maka penghasilan susuibu tidak akan bertambah atau dalam kes lebih teruk, akan berkurang.

12) Sekiranya anda bekerja, maka perlu ada masa untuk pam ditempat pekerjaan anda. Kalau boleh amalkan rutin yang sama pada setiap hari. Seperti contoh pam pada masa yang sama, minum air sebelum mengepam dan lain-lain lagi. Dan pamlah setiap 2-3 jam. 

13) Amalkan teknik Power Pumping.Ini telah membantu ramai ibu-ibu khasnya bila susu ibu mereka merundum dan ibu-ibu yang mengepam sahaja tanpa penyusuan secara lansung. 

14) Berdoalah ikut kepercayaan masing-masing. Kalau anda tidak mengamalkan doa, mungkin anda boleh setkan minda positif. Mungkin baca ayat seperti, "saya boleh tingkatkan hasil perahan saya" setiap hari.. 

PERSEDIAAN UNTUK PENYUSUAN ANAK DARI AWAL KEHAMILAN


SET BREASTFEEDING SHAKLEE - APAKAH KELEBIHANNYA?





Tahukah puan-puan apakah set Breastfeeding Shaklee yang kini hangat diperkatakan?
Ia adalah susunan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh seorang wanita, terutama ibu menyusu, kerana kita dapati tidak semua orang sedar akan pertambahan ‘keperluan nutrien’ bagi setiap ibu yang menyusukan anaknya.

Lihat senarai ini:

1. Tenaga (kilokalori)
• Wanita Normal : 2000
• Wanita Mengandung : + 150 – 350
• Wanita Menyusu : + 550

2. Protein (g)
• Wanita Normal : 37
• Wanita Mengandung : + 13
• Wanita Menyusu : + 24

3. Kalsium (mg):
• Wanita Normal : 450
• Wanita Mengandung : + 750
• Wanita Menyusu : + 750

4. Ferrum (mg) :
• Wanita Normal/Mengandung dan Menyusu : 28

5. Vitamin A (mcg) :
• Wanita Normal/ Mengandung : 750
• Wanita Menyusu : + 450

6. Vitamin D (mcg):
• Wanita Normal : 2.5
• Wanita Mengandung/Menyusu : + 7.5

7. Thiamine (mg) :
• Wanita Normal : 0.8
• Wanita Mengandung/Menyusu : + 0.2

8. Riboflavin (mg) :
• Wanita Normal : 1.2
• Wanita Mengandung : + 0.2
• Wanita Menyusu : + 0.3

9. Niacin Equivalent:
• Wanita Normal : 1.3
• Wanita Mengandung : + 2.3
• Wanita Menyusu : + 3.6

10. Asid Folik (mcg) :
• Wanita Normal : 200
• Wanita Mengandung : + 200
• Wanita Menyusu : + 100

11. Vitamin B 12 (mcg):
• Wanita Normal : 2.0
• Wanita Mengandung : + 1.0
• Wanita Menyusu : + 0.5

12. Asid Askorbik (mg) :
• Wanita Normal : 30
• Wanita Mengandung / Menyusu : + 20

Lihat sahaja betapa ibu menyusu memerlukan LEBIH BANYAK dari wanita biasa. ternyata milk booster seperti longan kering tidak dapat membekalkan keperluan tersebut.
Antara nutrisi yang agak kritikal semasa penyusuan ialah protein, kalsium dan kalori. Termasuklah vitamin-vitamin lain seperti vitamin B complex dan sebagainya.

Kebanyakan milk booster membekalkan cuma satu ciri saja dalam keperluan nutrisi, misalnya soya membekalkan protein, longan kering membekalkan kalori, alfalfa membekalkan kalsium, dan sebagainya. Tapi dalam set breastfeeding Shaklee ni lengkap semua.
Pernahkan ibu-ibu dengar bahawa stress boleh memberi kesan kepada susu? Apakah yang menyebabkan stress? Kebanyakan kes stress adalah disebabkan oleh kekurangan nutrient fizikal dan nutrient hati. Nurient fizikal ialah zat yang mencukupi manakala nutrien hati adalah zikrullah dan perkara-perkara yang mendekatkan kita kepada Allah. Jadi, sebagai individu yang bertanggungjawab, apa lagi ibu yang ingin memberikan yang terbaik untuk bayinya, diri ibu juga perlukan zat yang terbaik.

Cukupkah sekiranya hanya mengamalkan pemakanan sihat? Anda sendiri boleh menilainya… Zat makanan boleh hilang dalam proses-proses sebelum sampainya bahan makanan tersebut kepada kita; kemudian hilang lagi semasa proses memasak dan menyimpan, dan tubuh kita sendiri menjadi penghalang kepada penyerapan zat yang tinggal sikit tu akibat pengambilan makanan rapu, kafein berlebihan, stress dan sebagainya. Set breastfeeduiing Shaklee ni membekalkan nutrient dalam
bentuk ‘pekat’ jadi tubuh kita akan mendapat semua kebaikannya.
Yang  menariknya, set breastfeeding Shaklee boleh dikongsi bersama-sama suami dan ahli keluarga yang lain (kecuali kanak-kanak).

Susu ibu lebih pekat selepas pengambilan ESP..




Cuba lihat gambar di atas.Inilah perbezaan yg dapat kita lihat sebelum dan selepas pengambilan ESP.Cuba teka yang mana satu susu badan selepas pengambilan esp?sudah tentu yang pekat tu....

Kenapa??
Komponen utama susu ibu ialah PROTEIN dan KALSIUM. Jadi pengambilan ESP sebagai sumber protein utama untuk ibu menyusu memang sangat membantu menda
patkan susu yg lebih pekat dgn lebih cepat..

Susu pekat/hindmilk ini terdiri daripada kandungan air rendah, kandungan lemak tinggi - hasilnya >> ramai ibu2 yang mendapati bayi mereka mudah kenyang, tidur lebih lena dan kurang meragam..

** NOTE : Bukan kata susu cair tidak punya antibodi ye.. cuma susu cair/foremilk ini terdiri daripada kandungan air tinggi, kandungan lemak rendah >> untuk menghilangkan dahaga bayi.

**INFO : Tidak semua susu ibu mengandungi zat dan khasiat lengkap kerana gaya hidup dan cara pemakanan yang tidak teratur menyebabkan susu ibu kekurangan nutrisi.

Vitamin Ibu menyusu yang mempunyai masalah tiroid




Fakta tentang tiroid yang kita patut tahu
Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Ianya berbentuk seperti rama-rama. Fungsinya ialah untuk mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolise (pengeluaran tenaga) manusia.
 
Apabila Tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, Ia boleh memberi kesan terhadap setiap aspek kesihatan- terutamanya terhadap berat, kemurungan dan tahap tenaga.
 
Penyakit Tiroid Terbahagi kepada dua jenis:-
i) Hipertiroidisme/Tirotosikosis
ii) Hipotiroidisme



Hipertiroidisme


berlaku disebabkan hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada org biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah: 
- Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya pesakit tiroid akan akan mengeluarkan hormon yang berlebihan pada setiap sel tiroidnya.
- Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh menjadi elok sendiri
- Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan.
Antara Tanda2 org yang menghidapi Tiroid jenis "Hipertiroidisme":-

  • Bengkak di leher
  • Cirit Birit
  • Degupan Jantung bertambah, sentiasa berdebar2
  • Gementar dan gelisah, terketar2
  • Haid tdk teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang Otot
  • Osteoporosis
  • Pengeluaran peluh yang banyak
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut tidak kuat
  • Sukar bernafas, Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walau selera naik
  • Lemah

Hipotiroidism

merupakan keadaan tiriod yang sering berlaku dan biasa berlaku terhadap wanita. Ianya disebabkan oleh penghasilan hormon tiroid yang tidak mencukupi. Sekiranya ia tidak dirawat ia boleh menyebabkan peningkatan risiko untuk mendapat kegemukan (Obesiti), penyakit jantung dan kemurungan
Antara Tanda2 org yang menghidapi Tiroid jenis "Hipotiroidism":-

  • Kesukaran untuk menurunkan berat badan. Walau melakukan berbagai jenis
  • senaman,
  • Penambahan berat badan. Walaupun anda melakukan senaman dan berdiet.
  • Kemurungan atau kegelisahan
  • Cepat berasa letih
  • Faktor Genetik
  • Masalah haid yang banyak dan kerap sakit ketika period
  • Masalah sembelit yang teruk
  • Masalah rambut menjadi kasar dan kering serta mudah putus. Manakala kulit
  • menjadi kasar dan berkuping
  • Sakit otot dan sendi. Masalah capal dan tendonitis.

Siapakah yang berisiko mendapat Tiroid

  • Perempuan
  • Mempunyai sejarah keluarga (Genetik)
  • Mengidap sakit pituitari atau endokrin yang lain
  • Usia lebih dari 60 tahun. Boleh juga berlaku pada org yang lebih muda  lewat 30-an
  • Orang yang kuat merokok.

Oleh yang demikian, sesiapa yang mengalami simtom2 di atas digalakkan menjalani pemeriksaan doktor untuk menjana kesihatan yang lebih baik...
 
Jadi, jika anda ibu menyusu bayi dan mempunyai masalah tiroid samaada hyper tiroid atau hypo tiroid, anda perlu mengambil tahu dan mengambil kisah suplemen mana yang boleh dan tidak boleh anda ambil kerana pengambilan sesetengah suplemen boleh memburukkan lagi tahap kesihatan anda.
Suplemen Shaklee berikut boleh diambil tidak kira sama ada anda mempunya hyper atau hypo tiroid.

  • B complex
  • Vitamin C (500mg atau 100mg)
  • Vitamin E
  • Ostematrix (kalsium magnesium)
  • zinc

Bagi anda yg mempunyai hyper tiroid

  •  Boleh ambil ESP - Soy Protein Isolate powder
  • Tidak boleh ambil vitalea with iron formula
  • Tidak boleh ambil alfalfa complex

Bagi anda yg mempunyai hypo tiroid

  • Boleh ambil Vitalea with iron formula
  • Boleh ambil alfalfa complex
  • Tidak boleh ambil ESP - Soy Protein Isolate powder
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...